Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat sekeluarga cemas, kereta terbabas di Jalan Bungin-Seruai
  • KEMALANGAN

Empat sekeluarga cemas, kereta terbabas di Jalan Bungin-Seruai

Utusan Sarawak 12 hours ago
KEMALANGAN kendiri sebuah kereta jenis Toyota Corolla di Jalan Bungin-Seruai, awal pagi tadi. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Empat sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Bungin-Seruai, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Spaoh, kejadian itu membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Spaoh yang menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan segera menggerakkan pasukan ke lokasi bagi memberi bantuan awal kepada mangsa.

KEMALANGAN kendiri sebuah kereta jenis Toyota Corolla di Jalan Bungin-Seruai, awal pagi tadi. Foto: APM Spaoh

APM Daerah Spaoh berkata, seramai empat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai Sarjan Kamarrul Badarudin telah dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat.

Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati seorang lelaki dewasa mengalami luka ringan di bahagian pipi, manakala seorang wanita dewasa mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi dan lutut kanan.

Dua kanak-kanak masing-masing berusia dua dan lima tahun pula dilaporkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua mangsa hanya diberikan rawatan awal di lokasi kejadian kerana mereka enggan dihantar ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, khususnya pada waktu awal pagi, selain segera menghubungi talian 083-473006 atau 999 sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.