Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS padam lampu sejam jayakan Earth Hour pada 28 Mac ini
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS padam lampu sejam jayakan Earth Hour pada 28 Mac ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA…..Wong (duduk tengah sekali) pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPS, semalam.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan memadamkan lampu selama satu jam pada 28 Mac ini sebagai sebahagian daripada Program Earth Hour, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjimatan tenaga dan perubahan iklim.

Pengerusi pengelola, Kaunselor Sean Wong berkata, program tersebut akan dilaksanakan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di seluruh Sarawak, bermula dari 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Menurutnya, program berkenaan akan dijalankan secara hibrid dengan Majlis Daerah Sri Aman sebagai tuan rumah tahun ini.

“Semua ahli majlis MPS akan berkumpul di pejabat pengerusi, di mana pada waktu tersebut lampu akan dipadamkan dan pada masa sama pautan Zoom disediakan untuk membolehkan kami turut serta.

“Pihak majlis lain di seluruh Sarawak juga akan mengambil bahagian dengan memadamkan lampu masing-masing sepanjang tempoh tersebut, iaitu dari 8.30 malam hingga 9.30 malam.

“Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga elektrik,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPS, semalam.

Wong berkata, pihak majlis turut menjemput beberapa syarikat utama dan agensi kerajaan untuk mengambil bahagian.

“Antaranya Pejabat Residen Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Jabatan Alam Sekitar Sibu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sibu, Sarawak Energy Berhad, Sarawak Water Sdn Bhd, Universiti Teknologi Sarawak, Kolej Laila Taib, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sibu serta Lembaga Pelabuhan Rajang.

“Kami juga menjemput pelbagai syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan komuniti, gereja, kuil, hotel, bank dan pasar raya. Kesemua pihak ini akan turut serta dengan memadamkan lampu secara serentak,” jelasnya.

Tambahnya, program ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13, iaitu tindakan terhadap perubahan iklim, serta SDG 17 yang menekankan kerjasama untuk mencapai matlamat, dengan fokus kepada kelestarian alam sekitar, perubahan iklim dan pembangunan komuniti.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lemang Pak Jamal kekalkan warisan makanan tradisional menjelang Aidilfitri
Next: Gelanggang futsal Rumah Utul siap, pacu pembangunan belia luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.