Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lombak Colop, Larian Malam Ramadan meriahkan Tujuh Likur di Kampung Datuk Hilir Simanggang
  • Tengah
  • WILAYAH

Lombak Colop, Larian Malam Ramadan meriahkan Tujuh Likur di Kampung Datuk Hilir Simanggang

Utusan Sarawak 7 hours ago
DAYANG Noorazah hadir merasmikan Larian Malam Ramadan 2026 Kampung Datuk Hilir Simanggang malam kelmarin. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Sambutan Malam Tujuh Likur di Kampung Datuk Hilir di sini bertambah meriah dengan penganjuran sulung pertandingan Lombak Colop dan Larian Malam Ramadan yang berjaya menarik penyertaan penduduk setempat, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program berkenaan yang disifatkan sebagai satu inisiatif bermakna dalam menghidupkan suasana Ramadan.

Beliau berkata, penganjuran aktiviti seumpama itu diharap mampu memupuk semangat golongan belia untuk terus terlibat secara aktif dalam pelbagai program komuniti, khususnya sepanjang Ramadan.

“Program ini bukan sahaja menceriakan sambutan Tujuh Likur, malah membuka ruang kepada belia untuk memainkan peranan dalam penganjuran aktiviti berfaedah,” katanya semasa berucap merasmikan program tersebut malam kelmarin.

FOTO: Adi Safarman

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Datuk Hilir, Abang Ramlan Abang Morshidi berkata penganjuran Larian Malam Ramadan bertujuan menghidupkan suasana malam Tujuh Likur selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, program tersebut turut menjadi platform penting dalam menyatukan penduduk kampung serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

“Selain larian, tradisi unik lombak colop yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Datuk Hilir melalui KRT Jiran Muda turut menceriakan suasana kampung,” ujarnya.

Tambah beliau, tradisi lombak colop perlu terus dipelihara agar tidak ditelan arus pemodenan, di samping diwarisi oleh generasi muda sebagai sebahagian daripada warisan budaya masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Pengerusi KRT Kampung Datuk Hilir, Abang Ajibi Abang Morshidi berkata penganjuran program tersebut merupakan usaha mengimarahkan Ramadan melalui pendekatan lebih segar dan inklusif.

Beliau menjelaskan, Larian Malam Ramadan 3KM 2026 yang dianjurkan oleh Jiran Muda KRT bukan sahaja memupuk budaya hidup sihat, malah menjadi medan mengeratkan ukhuwah tanpa mengira latar belakang.

Abang Ajibi berharap program berkenaan dapat dijadikan acara tahunan komuniti sekali gus menyemarakkan semangat Ramadan melalui konsep berlari, beramal dan memperkukuh hubungan sesama penduduk Kampung Datuk Hilir.

Dalam pada itu, seramai 130 peserta dari pelbagai usia telah menyertai Larian Malam Ramadan 2026 malam kelmarin.

Continue Reading

Previous: PESTASA anjur ‘Raja Libas’, perkasa pembangunan sepak takraw Sri Aman
Next: JCI Damai, JCI Entrepreneur KL agih 500 pek bubur lambuk di Kampung Sebuak Landeh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.