Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu
  • SEMASA

Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu

Utusan Sarawak 17 hours ago
UMAT Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac).

Di Singapura, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang dipersetujui oleh MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura), anak bulan Syawal berada terlalu rendah di ufuk Singapura ketika matahari terbenam pada Khamis dan tidak dapat dilihat.

“Ini bermakna esok (Jumaat) melengkapkan Ramadan selama 30 hari bagi kami di Singapura, dan permulaan bulan Syawal bagi tahun 1447H jatuh pada lusa, Sabtu, 21 Mac 2026,” katanya dalam klip video yang dimuat naik di laman web Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis.

Di Jakarta, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasruddin Umar berkata tarikh 1 Syawal ditentukan menerusi sidang isbat pada Khamis selepas hilal tidak kelihatan di seluruh negara berdasarkan kedua-dua kaedah pengiraan astronomi (hisab) dan cerapan (rukyah).

Berdasarkan data hisab, beliau berkata hilal tidak memenuhi kriteria penglihatan yang ditetapkan oleh MABIMS, iaitu piawaian serantau yang diguna pakai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura, yang memerlukan paras ketinggian bulan serta jarak sudut tertentu bagi mengesahkan kenampakan.

Di Bangkok, Sheikhul Islam Thailand Arun Boonchom mengumumkan menerusi siaran langsung Facebook bahawa umat Islam di negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu selepas anak bulan tidak kelihatan selepas matahari terbenam pada Khamis.

Majlis Islam di 40 wilayah telah menjalankan cerapan anak bulan pada Khamis.

Thailand mempunyai sekitar 10 juta umat Islam, kebanyakannya menetap di wilayah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat.

Sementara itu, Kemboja turut menyertai negara jiran dalam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Mufti Besar Kemboja merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja Kamaruddin Yusof membuat pengumuman itu pada Khamis. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Singapura turut sambut Hari Raya Sabtu ini
Next: LPKP Sarawak perluas rangkaian Bas.My Kuching kepada 13 laluan mulai April 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.