
KUCHING: Everrise Departmental Store Sdn Bhd menyumbangkan barangan makanan bernilai RM17,000 bagi membantu keluarga kurang berkemampuan di Kota Sentosa dan Batu Kawa.
Sumbangan tersebut disalurkan oleh Everrise Departmental Store dan diserahkan kepada Timbalan Premier Sarawak, Dr Sim Kui Hian serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, Wilfred Yap, yang menerima barangan berkenaan bagi pihak pusat khidmat masing-masing.
Dr Sim merakamkan penghargaan kepada pihak syarikat atas kemurahan hati mereka, sambil menyatakan bahawa sumbangan itu mencerminkan semangat perpaduan serta tanggungjawab bersama dalam membantu masyarakat.
Bantuan makanan tersebut akan diagihkan melalui pusat khidmat bagi memastikan ia sampai kepada keluarga yang memerlukan di kedua-dua kawasan berkenaan, khususnya ketika ramai masih berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.
Oleh Connie Chieng