Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Petugas ukur hilang dipercayai dihanyutkan arus deras, polis aktifkan SAR
  • Utara
  • WILAYAH

Petugas ukur hilang dipercayai dihanyutkan arus deras, polis aktifkan SAR

Utusan Sarawak 7 hours ago
KENYATAAN MEDIA…DSP Liong berkongsi maklumat awal berhubung kes orang hilang di sempadan antara negara Brunei dan Limbang, Sarawak.

LAWAS: Polis menerima laporan orang hilang melibatkan seorang anggota Pasukan Ukur Malaysia yang dipercayai hilang di kawasan Ulu Sungai Temburong, Brunei, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Tanjong Lobang, Miri oleh pengadu yang bertugas di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Bahagian Miri, lewat petang semalam.

Bertindak atas maklumat itu, polis di Lawas membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes sebagai orang hilang.

“Polis Lawas telah menghubungi pihak berkuasa negara jiran serta melaporkan kejadian ini kepada Interpol memandangkan lokasi kejadian berada di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas bagi mendapatkan maklumat terkini serta menyelaras operasi.

Menurutnya, setakat ini operasi SAR dilaksanakan oleh pasukan ukur yang berada di kawasan sempadan kerana lokasi kejadian hanya boleh diakses menggunakan helikopter.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Donysius Gabriel Goh, 37, yang bertugas di Pejabat Topografi Wilayah Miri dan berasal dari Tuaran, Sabah.

Siasatan awal mendapati mangsa sekitar 9.00 malam ketika bersama pasukan menjalankan kerja pengukuran sempadan Malaysia-Brunei di kawasan berkenaan.

“Ketika menyeberangi sungai, paras air naik dengan cepat dan arus menjadi deras. Kesemua anggota pasukan cuba bergerak ke kawasan tebing tinggi berhampiran sungai, namun mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.

“Lima rakannya berjaya menyelamatkan diri, manakala usaha mencari mangsa yang dijalankan pada malam kejadian tidak berhasil,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Seorang petugas ukur hilang dipercayai dihanyutkan arus deras
Next: Badudun Ramadan satukan komuniti Kampung Pahlawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.