Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Hampir dua jam tunggu feri Batang Paloh, trafik meningkat menjelang Hari Raya
  • Tengah
  • WILAYAH

Eksklusif: Hampir dua jam tunggu feri Batang Paloh, trafik meningkat menjelang Hari Raya

Utusan Sarawak 18 hours ago
BERBARIS PANJANG….Kenderaan berbaris panjang sejauh lebih satu kilometer (KM) di Pangkalan Feri Batang Paloh dari arah Daro menuju ke Sibu.

DARO: Hampir dua jam beratur menunggu perkhidmatan feri, itu pengalaman dilalui oleh seorang pengguna jalan raya di Feri Batang Paloh, hari ini.

Mohammad Khairuddin Rushdi Ayuphan, 32, berkata, sekitar 9.30 pagi tadi, kenderaan sudah berbaris panjang sejauh lebih satu kilometer (KM) di Pangkalan Feri Batang Paloh dari arah Daro menuju ke Sibu.

“Saya dalam perjalanan dari Daro ke Sibu dan melihat barisan kenderaan melebihi satu kilometer. Keadaan ini memakan masa kerana pergerakan feri tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak,” katanya kepada Utusan Sarawak hari ini.

Menurutnya, jumlah kenderaan dijangka terus meningkat, khususnya pada sebelah petang berikutan pertambahan pengguna yang mahu pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang dalam tempoh beberapa hari lagi.

NOTIS JKR…..Kesesakan Feri Batang Paloh.

Beliau turut memaklumkan bahawa walaupun tiga buah feri beroperasi di Batang Paloh bermula hari ini hingga 29 Mac, perkhidmatan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung peningkatan mendadak jumlah kenderaan.

“Walaupun ada tiga feri beroperasi, keadaan masih sesak,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, hanya Batang Paloh sahaja yang masih menggunakan perkhidmatan feri, sementara Batang Lassa dan Batang Igan kini boleh diakses dengan kemudahan jambatan.

“Situasi ini memberi sedikit kelegaan kepada orang ramai berbanding pada tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi Facebooknya turut mengeluarkan notis memberitahu, sempena cuti persekolahan dan Hari Raya bermula dari 18 Mac hingga 29 Mac, jumlah trafik meningkat Sibu, Tanjung Manis, Sarikei, Pulau Bruit, Daro dan Matu. 

Jumlah feri yang beroperasi disediakan tiga buah, namun masa menunggu dijangka lama. Waktu operasi feri dari 6.00 pagi hingga 12.00 malam.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris menerusi catatan di Facebooknya semalam, menyeru orang ramai supaya mengunakan Jambatan Batang Igan yang baru siap untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Elakkan kesesakan menunggu lama di Feri Paloh.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Santai Malam Tujuh Likur anjuran JKKK Haji Undom dan Jiran Muda Kampung Baru Hilir meriah
Next: ‘Lombak Colop’ meriahkan Malam Tujuh Likur Kampung Datuk Hilir Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.