Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 50,284 penerima SKAS di Betong, yang tercicir diminta hubungi Pejabat Residen atau PKMB
  • SEMASA

50,284 penerima SKAS di Betong, yang tercicir diminta hubungi Pejabat Residen atau PKMB

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika melancarkan program SKAS peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di sini, hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

SPAOH: Seramai 50,284 penerima yang layak di Bahagian Betong akan menerima manfaat menerusi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelaksanaan SKAS merupakan inisiatif penting kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, bantuan tersebut disalurkan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya serta premis peruncitan berdaftar.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika melancarkan program SKAS peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di sini, hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Uggah menjelaskan, daripada keseluruhan 857,814 penerima yang layak di seluruh Sarawak, Bahagian Betong mencatatkan seramai 50,284 penerima, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana individu yang merasakan mereka layak tetapi belum menerima bantuan SKAS agar segera tampil mendapatkan penjelasan.

“Jika ada yang merasakan mereka layak tetapi belum menerima bantuan ini, mereka digalakkan berhubung dengan Pejabat Residen Betong atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong bagi mengemukakan dokumen berkaitan untuk tujuan penilaian lanjut,” katanya.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika melancarkan program SKAS peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di sini, hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program SKAS peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di sini, hari ini.

Tambah beliau, bagi tahun 2026, kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM640 juta untuk pelaksanaan SKAS, meningkat berbanding RM480.2 juta pada tahun pertama program tersebut.

Katanya, bantuan itu akan disalurkan secara berperingkat iaitu pada bulan Mac, Mei dan November bagi memastikan sokongan kewangan dapat dinikmati rakyat sepanjang tahun.

Dalam masa sama, beliau menegaskan penggunaan aplikasi S Pay Global dikekalkan bagi memastikan bantuan digunakan khusus untuk pembelian makanan asas.

Uggah turut memaklumkan bahawa pelaksanaan SKAS bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah turut merancakkan ekonomi setempat dengan menyokong perniagaan runcit di kawasan Bahagian Betong.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 86 pasar raya dan premis peruncitan di Bahagian Betong telah berdaftar untuk menerima penebusan SKAS, sekali gus memudahkan penduduk di kawasan seperti Betong, Spaoh, Debak, Saratok, Pusa, Maludam, Kabong dan Roban mendapatkan bekalan makanan asas dengan lebih teratur dan selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jambatan Krian hadiah bermakna buat rakyat Sarawak
Next: SPay Global bantu salur bantuan lebih bersasar kepada rakyat – Dr Annuar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.