Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes penipuan pembelian akaun Mobile Legends secara dalam talian di Bau
  • JENAYAH

Kes penipuan pembelian akaun Mobile Legends secara dalam talian di Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
REMAJA menjadi mangsa penipuan pembelian akaun Mobile Legends: Bang Bang secara dalam talian. Gambar hiasan.

BAU: Polis Bau mengesan satu kes penipuan dalam talian melibatkan pembelian akaun permainan Mobile Legends: Bang Bang yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM150.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata, laporan dibuat di Balai Polis Bau sejurus selepas tengah malam, 18 Mac 2026.

“Kes berlaku di Kampung Serikin apabila seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun terlihat satu iklan di aplikasi TikTok yang menawarkan akaun Mobile Legends pada harga RM150,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berminat kemudian menghubungi suspek melalui WhatsApp sebelum diminta membuat bayaran ke akaun bank yang diberikan.

“Mangsa membuat tiga transaksi berjumlah RM150 ke akaun tersebut. Namun selepas bayaran dibuat, mangsa tidak menerima akaun seperti yang dijanjikan,” katanya.

Menurut beliau, usaha mangsa untuk menghubungi suspek gagal sebelum mangsa membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah ditipu.

Semakan terhadap akaun bank dan nombor telefon yang terlibat mendapati tiada rekod lampau. Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tambahnya, mangsa turut menghubungi National Scam Response Centre di talian 997 pada 17 Mac 2026 untuk membuat aduan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berurusan secara dalam talian, khususnya melalui media sosial, serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembayaran.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan dalam operasi berasingan kes dadah di Lawas
Next: Dua individu ditahan di Bau kerana penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.