Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek MARRIS dipantau, jalan di kawasan DUN Meradong diberi perhatian
  • TEMPATAN

Projek MARRIS dipantau, jalan di kawasan DUN Meradong diberi perhatian

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain semasa lawatan ke beberapa jalan di Bintangor, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengambil langkah proaktif dengan turun padang meninjau beberapa jalan yang memerlukan pembaikan di bawah projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di kawasan DUN Meradong.

Lawatan tersebut melibatkan projek yang diselia oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) sebagai usaha memastikan setiap projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan secara terancang serta memberi manfaat maksimum kepada penduduk setempat.

Sepanjang lawatan, beliau bersama pihak MDMJ dan agensi teknikal berkaitan telah meninjau beberapa lokasi yang dikenal pasti memerlukan kerja-kerja naik taraf dan pembaikan segera.

Antara laluan utama yang diberi perhatian ialah Jalan Dispensary dan Jalan Pedada yang menjadi nadi perhubungan harian penduduk di kawasan tersebut.

Turut menjadi fokus ialah simpang jalan Rumah Siang yang menghadapi masalah hakisan tanah di bahagian pembetung dan berpotensi menjejaskan struktur jalan sekiranya tidak ditangani segera.

Selain itu, Jalan Kilang Ayam di Sungai Meradong dan Jalan Ulu Siew Bakong yang mengalami kerosakan pembetung turut dikenal pasti sebagai antara lokasi keutamaan untuk tindakan pembaikan.

Lawatan tersebut turut merangkumi beberapa lokasi lain seperti Jalan Sing Kwong di Sungai Bakong, jalan masuk Batu 2.5 Jalan KJD dan Jalan Ming Ching di Temudak yang berdepan isu kerosakan pembetung.

Simpang masuk Jalan Hoe Ping, Jalan Kelupu dan Jalan Hua Kiew juga dikenal pasti memerlukan kerja-kerja naik taraf bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Koung Hiing berkata, aspek keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan khususnya di kawasan yang terdedah kepada hakisan tanah dan kerosakan pembetung.

“Saya komited untuk memastikan setiap projek di bawah peruntukan MARRIS dilaksanakan dengan sebaiknya dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Terima kasih kepada pihak MDMJ serta agensi teknikal atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Turut hadir, Naib Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Chieng Buong Ong; Penolong Jurutera MDMJ, Hussin Onn Jateng dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: SDCA perhalusi hala tuju, perkasa peranan belia dan warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.