Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Penyelidik bangunkan balutan pintar pantau, rawat luka
  • KESIHATAN

Penyelidik bangunkan balutan pintar pantau, rawat luka

Utusan Sarawak 23 hours ago
FUNGSI dua ciri tampalan luka pintar itu berpotensi menyokong intervensi yang lebih tepat pada masanya dan berkesan oleh pakar perubatan. Foto Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) Australia.

MELBOURNE: Penyelidik di Australia berjaya membangunkan balutan luka ‘pintar’ yang mampu memantau dan merawat kecederaan secara masa nyata, sekali gus berpotensi mengubah kaedah penjagaan luka kronik, lapor Xinhua.

Penyelidik di Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) Australia mencipta kaedah memasukkan bahan nano pelbagai fungsi yang sangat kecil, dikenali sebagai titik karbon, ke dalam balutan hidrogel yang berfungsi memantau serta merawat luka, menurut kenyataan RMIT pada hari ini.

Tampalan luka pintar jenis baharu ini akan bertukar warna apabila berlaku perubahan pH pada luka yang disebabkan oleh jangkitan, seterusnya mencetuskan pelepasan ‘nanozymes’ terapeutik yang membantu mengurangkan keradangan serta menggalakkan penyembuhan, kata penyelidik.

Menurut mereka, pakar perubatan atau pesakit juga boleh mengaktifkan rawatan itu secara manual dengan mengenakan tekanan lembut pada balutan berkenaan.

Ciri dwifungsi  tampalan luka pintar ini akan menyokong campur tangan yang lebih tepat pada masanya dan berkesan daripada pakar perubatan, kata Nan Nan calon Doktor Falsafah RMIT dan pengarang pertama kajian itu, yang diterbitkan dalam Chemical Engineering Science.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Skim Kad Kenyalang Gold ditambah baik, warga emas terima faedah kesihatan RM500 setahun
Next: Pembedahan otak sedar pertama di Hospital Miri jadi pencapaian penting kesihatan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.