Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Beli baju raya bersama keluarga, kemeriahan Syawal mula terasa
  • SEMASA

Eksklusif: Beli baju raya bersama keluarga, kemeriahan Syawal mula terasa

Utusan Sarawak 8 hours ago
MUNIRAH Daud ditemui Utusan Sarawak di dalam sebuah pasar raya. 

SARIKEI: Suasana di sebuah pasar raya dilihat meriah dengan kehadiran orang ramai yang mengambil peluang membeli pakaian baharu sempena Aidilfitri ketika tinjauan dilakukan sekitar 3.30 petang tadi.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bersama keluarga bagi melengkapkan persiapan menjelang Syawal yang bakal tiba.

Seorang suri rumah, Munirah Daud, 40, berkata persiapan Aidilfitri keluarganya pada tahun ini dilakukan secara sederhana namun tetap bermakna.

“Persiapan Aidilfitri saya sekeluarga tahun ini sederhana sahaja. Tahun ini, untuk warna baju raya kami sekeluarga ialah biru kelabu (Ash Blue), yang kini menjadi antara warna trend semasa,” katanya ketika ditemui di pasar raya tersebut.

Katanya, keluarganya merancang untuk menyambut Aidilfitri di Kanowit.

“Tahun ini kami beraya di kampung iaitu di Kanowit. Pagi raya pertama mungkin beraya dengan mentua di Sarikei, malam baru balik ke kampung di Kanowit,” katanya.

Tambahnya, sambutan Aidilfitri menjadi detik penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan berkumpul bersama insan tersayang.

“Harapan saya untuk Aidilfitri ini, semoga semua keluarga berkumpul ramai-ramai dan bergembira bersama.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat sahabat, keluarga dan juga untuk Utusan Sarawak,” katanya lagi.

Tinjauan mendapati orang ramai mula membuat persiapan awal termasuk membeli pakaian raya mengikut tema warna pilihan masing-masing bagi menyambut Aidilfitri dengan penuh keceriaan.

Walaupun persiapan dilakukan secara sederhana, suasana membeli-belah bersama keluarga tetap mencerminkan kemeriahan Syawal yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Oleh Earl Anek

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Lonjakan penumpang awal pagi, terminal bas kembali tenang pada sebelah petang
Next: Unimas umum pelantikan semula Abang Johari sebagai Pro Canselor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.