Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Lonjakan penumpang awal pagi, terminal bas kembali tenang pada sebelah petang
  • SEMASA

Eksklusif: Lonjakan penumpang awal pagi, terminal bas kembali tenang pada sebelah petang

Utusan Sarawak 7 hours ago
LOLLITA menasihatkan agar orang ramai membeli tiket bas lebih awal di musim perayaan.

SARIKEI: Walaupun suasana di Terminal Bas Ekspress Sarikei dilihat agak lengang ketika tinjauan dilakukan sekitar 5.00 petang tadi, keadaan berbeza dilaporkan berlaku pada awal pagi apabila orang ramai berpusu-pusu ke terminal bagi mendapatkan tiket pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Petugas kaunter tiket bas, Lollitta berkata, seawal 6.30 pagi tadi, terminal tersebut dipenuhi orang ramai yang kebanyakannya menunggu bas untuk memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Katanya, antara destinasi utama yang menjadi pilihan penumpang ialah perjalanan dari Sarikei ke Kuching, selain ke Miri, Bintulu dan juga Pontianak, Indonesia.

“Orang ramai naik bas dari Sarikei terutamanya ke Kuching dan Miri.

“Pertambahan perjalanan bas sebelum ini hanya semasa hari perayaan sahaja, untuk hari biasa tidak ada,” katanya.

Lollitta berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak di Terminal Bas Ekspress Sarikei, hari ini.

Tambahnya, permintaan terhadap tiket bas sempena musim perayaan adalah tinggi sehingga menyebabkan tiket cepat habis dalam tempoh singkat.

“Destinasi yang paling mendapat permintaan tinggi ialah Sarikei ke Kuching, Sarikei ke Pontianak, Indonesia, selain Sarikei ke Bintulu dan Miri.

“Tiket bas kami sempena musim perayaan cepat habis, jadi disarankan membeli tiket lebih awal, sekurang-kurangnya dua hari sebelum perayaan,” katanya.

Tinjauan mendapati walaupun suasana terminal kelihatan tenang pada sebelah petang, permintaan tinggi pada waktu pagi mencerminkan pergerakan orang ramai yang mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Keadaan ini sekali gus menunjukkan bahawa tradisi balik kampung masih menjadi amalan penting dalam kalangan masyarakat setiap kali menjelang musim perayaan.

Oleh Earl Anek

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Peniaga tidak menang tangan anyam ketupat
Next: Eksklusif: Beli baju raya bersama keluarga, kemeriahan Syawal mula terasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.