Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki aktif curi kabel ditahan
  • JENAYAH

Empat lelaki aktif curi kabel ditahan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN…Suspek yang dipercayai aktif curi kabel di sekitar bandar raya Miri ditahan polis.

MIRI: Empat lelaki yang dipercayai aktif dalam kegiatan mencuri kabel bawah tanah di sekitar bandar raya ini ditahan polis dalam beberapa serbuan dari 13 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan melibatkan dua warga tempatan dan dua warga asing berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Menurutnya, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri hasil risikan serta maklumat daripada laporan kes kecurian kabel di daerah ini.

“Dalam serbuan di sebuah premis besi buruk tanpa lesen di Bekenu, polis merampas sebuah kenderaan milik suspek, beberapa gulung kulit kabel, kabel tembaga, alat penimbang serta peralatan seperti pemotong kabel,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

DIRAMPAS…. Antara barang yang dirampas daripada suspek. 

Menurut Mohd Farhan, kejayaan tersebut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes kecurian kabel di daerah Miri.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan saki-baki ahli kumpulan yang masih bebas.

Beliau turut menegaskan bahawa polis memandang serius kes melibatkan kecurian harta awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400 atau balai polis berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan dipenjara lima tahun dan satu sebatan akibat kesalahan dadah berulang di Sri Aman
Next: Rakam wanita dalam tandas, lelaki dicekup polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.