
BINTANGOR: Tindakan pantas pihak bomba berjaya memusnahkan sarang serangga berbisa di atas bumbung sebuah rumah di Lorong Pedada 5, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.16 malam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Bakar Ujang bersama lima anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati sarang serangga berbisa anggota bomba berada di bahagian atas bumbung rumah tersebut, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, anggota bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) sebelum memusnahkan sarang serangga berbisa.
“Sarang serangga berbisa berjaya dimusnahkan menggunakan semburan racun serangga.
“Khidmat khas memusnahkan sarang serangga berbisa tamat sepenuhnya lada 9.00 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek