Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan utama terancam hakisan, ADUN Meradong tinjau keadaan di Sungai Stubah
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan utama terancam hakisan, ADUN Meradong tinjau keadaan di Sungai Stubah

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain semasa turun Tuai Rumah Buan Nyambar dan Penolong Jurutera DID Sarikei, Sahrian Abdullah.

BINTANGOR: Kebimbangan terhadap risiko keselamatan akibat hakisan tanah di jalan utama Rumah Imah Tuah dan Rumah Buan Nyambar, Sungai Stubah, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, turun padang meninjau keadaan di lokasi semalam.

Lawatan tersebut diadakan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei bagi melihat dengan lebih dekat tahap kerosakan dan kesan yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Hasil tinjauan mendapati keadaan hakisan tanah di kawasan berkenaan semakin membimbangkan dan berpotensi menjejaskan keselamatan jalan utama yang menjadi laluan penting masyarakat di kawasan tersebut.

Hakisan tanah dipercayai berpunca daripada aliran air serta faktor struktur tanah yang semakin terhakis, sekali gus menjejaskan kestabilan tebing berhampiran jalan utama.

Pihak DID Sarikei turut menjalankan penilaian awal serta memberikan penerangan mengenai keadaan semasa kawasan terjejas.

Beberapa cadangan penyelesaian turut dibincangkan termasuk kerja-kerja pengukuhan tebing, penambahbaikan struktur tanah dan langkah kawalan aliran air bagi mengelakkan hakisan daripada terus menjadi lebih serius.

Koung Hiing berkata, masalah hakisan tanah tersebut perlu ditangani segera bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

“Masalah hakisan tanah ini perlu diberi perhatian segera kerana ia melibatkan keselamatan penduduk dan kemudahan infrastruktur yang menjadi laluan utama masyarakat setempat.

“Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti amat penting dalam memastikan masalah ini dapat ditangani dengan berkesan,” katanya ketika ditemui media.

Beliau turut berharap agar penilaian teknikal oleh pihak DID Sarikei dapat mempercepatkan proses perancangan dan pelaksanaan kerja pembaikan yang diperlukan.

“Terima kasih kepada pihak DID Sarikei atas komitmen dan kerjasama dalam turun padang bagi meneliti keadaan sebenar di lokasi terjejas,” katanya.

Turut hadir Penolong Jurutera DID Sarikei, Sahrian Abdullah; Pemanca Yii Hee Sieng; Tuai Rumah Imah Tuah dan Tuai Rumah Buan Nyambar.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 34 peserta khatam al-Quran dirai di Surau Kebahagiaan Kampung Hilir Simanggang
Next: Bomba jalankan khidmat khas musnah sarang serangga berbisa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.