Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAUT…Pasukan bomba mengangkat mangsa dari dalam parit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto BBP Miri Sentral. 

MIRI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berhampiran SMK Agama Jalan Bakam di sini awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.32 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 14 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati pemandu SUV berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba.

“Namun, penunggang motosikal lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui terjatuh ke dalam parit berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam laporan operasi.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan kesihatan.

Pasukan bomba kemudian bertindak mengangkat mangsa dari dalam parit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada 2.07 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita tersepit dalam kemalangan dua kenderaan berhampiran Jambatan Muara Lassa
Next: Pemandu pacuan empat roda selamat dalam kemalangan kendiri di Song

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.