Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SEDC Energy, Bomba teruskan tradisi agihan bubur pedas Ramadan
  • Selatan
  • WILAYAH

SEDC Energy, Bomba teruskan tradisi agihan bubur pedas Ramadan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGARAH JBPM Sarawak Jamri Masran (dua kanan) bersama Ketua Jualan dan Operasi SEDC Energy Kathleen Kiew menyampaikan bubur pedas kepada wakil komuniti pada program agihan bubur pedas di PETROS Multifuel Station Batu Kawa, hari ini.

KUCHING: SEDC Energy bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meneruskan tradisi tahunan Ramadan dengan mengagihkan bubur pedas kepada komuniti sekitar di PETROS Multifuel Station (MFS) Batu Kawa, di sini hari ini.

Menurut kenyataan SEDC Energy, program tersebut melibatkan komuniti dari RPR Batu Kawa Fasa 2, Kampung Sinar Budi, Taman Desa Bumiko dan Taman Desa Wira yang menerima bubur pedas yang diagihkan.

Pengagihan disempurnakan oleh Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran bersama Ketua Jualan dan Operasi SEDC Energy Kathleen Kiew yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SEDC Energy Robert Hardin.

JAMRI Masran bersama wakil SEDC Energy dan anggota bomba bergambar selepas program agihan bubur pedas kepada komuniti sekitar Batu Kawa.

Program yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam mengeratkan hubungan bersama komuniti selain meraikan tradisi Ramadan yang sinonim di Sarawak.

Terdahulu, kakitangan SEDC Energy dan anggota bomba berganding bahu menyediakan hidangan tradisi Ramadan Sarawak itu di Ibu Pejabat JBPM Sarawak sebelum diagihkan kepada komuniti setempat.

Menurut Robert, inisiatif tersebut turut mencerminkan peranan PETROS MFS sebagai stesen yang berorientasikan komuniti, bukan sekadar hab runcit tenaga tetapi juga platform yang menghimpunkan masyarakat.

“Sebagai jenama milik Sarawak, PETROS MFS bukan sekadar stesen pengisian bahan api, tetapi juga pusat komuniti yang menghimpunkan masyarakat seperti yang dilaksanakan pada hari ini,” katanya.

Kerjasama antara SEDC Energy dan JBPM Sarawak itu turut menonjolkan kepentingan perkongsian strategik dalam memberi impak sosial positif khususnya sepanjang Ramadan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JAIS dan JAKIM berperanan lahirkan generasi al-Quran melalui mahad tahfiz
Next: Majlis Islam Sarawak bantu pengoperasian Mahad Tahfiz Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.