Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan perpisahan Naib Canselor UTS
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan perpisahan Naib Canselor UTS

Utusan Sarawak 9 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid bersama isteri, Datin Dayang Mariani Abang Zain di Kasuma Resort, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid bersama isteri, Datin Dayang Mariani Abang Zain di Kasuma Resort, hari ini.

Kunjungan tersebut diadakan sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Profesor Datuk Dr Khairuddin sebagai peneraju utama universiti milik penuh kerajaan Sarawak yang berpangkalan di Sibu, bulan ini.

Sepanjang kepimpinan beliau, UTS telah mencatat pelbagai pencapaian penting, antaranya peningkatan jumlah kemasukan pelajar khususnya dalam kalangan anak-anak Sarawak, transformasi institusi daripada kolej UTS kepada universiti penuh, serta peningkatan ketara dalam mutu akademik dan penyelidikan yang meletakkan UTS sebagai antara institusi pendidikan tinggi teknikal yang semakin disegani di negara ini.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid bersama isteri, Datin Dayang Mariani Abang Zain di Kasuma Resort, hari ini. Foto UKAS

Dalam pertemuan tersebut, Profesor Datuk Dr Khairuddin turut merakamkan rasa syukur atas segala nasihat, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Tun Wan Junaidi selaku Canselor universiti sepanjang tempoh beliau menerajui institusi berkenaan.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi turut menekankan, universiti-universiti tempatan perlu memberi perhatian kepada pengambilan pelajar daripada pelbagai kaum bagi memastikan keseimbangan pembangunan modal insan yang mampu memenuhi keperluan Sarawak pada masa hadapan.

Selain itu, ujarnya budaya kerja yang positif merupakan asas penting dalam menentukan kekuatan organisasi untuk terus berdaya tahan dan berupaya menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan serta khidmat bakti Profesor Datuk Dr Khairuddin sepanjang menerajui UTS, di samping mendoakan agar beliau terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Juadah tradisi hidupkan suasana Bazar Ramadan Pasar Dayak Kem Penrissen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.