Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Titik perubahan’ Spurs di Anfield
  • SUKAN

‘Titik perubahan’ Spurs di Anfield

Utusan Sarawak 9 hours ago

Tudor akhirnya raih mata pertama sebagai bos sementara Spurs selepas jaringan dramatik Richarlison memaksa Liverpool seri di Anfield. Foto AFP

LIVERPOOL: Pengendali sementara Tottenham, Igor Tudor menyifatkan keputusan seri 1-1 menentang Liverpool sebagai titik perubahan penting buat pasukannya dalam misi mengelak penyingkiran Liga Perdana.

Jaringan penyamaan minit akhir oleh Richarlison menamatkan rekod enam kekalahan berturut-turut Spurs, sekali gus menghadiahkan Tudor mata pertama sejak mengambil alih pasukan.

Tottenham yang dilanda krisis kecederaan dan penggantungan terpaksa menurunkan skuad muda, termasuk pemain berusia 19 tahun, namun tetap mempamerkan semangat juang tinggi untuk mencuri satu mata berharga di Anfield.

Keputusan itu meletakkan Spurs satu mata di hadapan pencabar penyingkiran seperti Nottingham Forest dan West Ham United.

 Pada masa sama, pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui kecewa apabila anak buahnya sekali lagi gagal mempertahankan kelebihan hingga wisel penamat, sekali gus menjejaskan peluang memburu kelompok empat teratas.

Liverpool kini berada di tangga kelima dan berdepan risiko terlepas tiket Liga Juara-Juara UEFA musim depan, selain perlu bangkit pada aksi timbal balik menentang Galatasaray. – AFP

Continue Reading

Previous: Spurs sambar gol lewat, kecewakan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.