Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program 3R pupuk minat remaja dekati masjid sepanjang Ramadan
  • Tengah
  • WILAYAH

Program 3R pupuk minat remaja dekati masjid sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 16 hours ago
MOHAMAD Duri bergambar kenangan pada Program 3R – Remaja Raikan Ramadan yang berlangsung di Masjid Al-Muhtadin Saratok, petang semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Program 3R – Remaja Raikan Ramadan dilihat sebagai inisiatif penting dalam mendekatkan golongan remaja dengan masjid serta mengisi Ramadan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata program tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada remaja untuk mendekati masjid, malah membantu membentuk sahsiah serta jati diri belia melalui pengisian aktiviti keagamaan.

Menurut beliau, penganjuran program seperti itu mampu menyemai kecintaan golongan remaja terhadap masjid di samping meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.

“Selain itu, program ini juga mampu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan remaja dari pelbagai sekolah dan surau sekitar Saratok apabila mereka berkumpul dalam suasana positif yang berteraskan nilai Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program 3R – Remaja Raikan Ramadan yang berlangsung di Masjid Al-Muhtadin Saratok, petang semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu menghimpunkan kira-kira 70 remaja daripada tiga sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) serta Kolej Tingkatan Enam selain penyertaan remaja daripada enam surau di Daerah Saratok.

Sepanjang program tersebut, para peserta mengikuti tujuh pengisian utama antaranya ceramah agama, program Quranton, iftar jamaie, solat tarawih berjemaah, moreh, qiamullail serta tazkirah subuh.

Mohamad Duri turut berharap program seumpama itu dapat melahirkan generasi pelapis yang aktif dalam memakmurkan masjid selain menjadikan institusi tersebut bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi juga pusat ilmu, perpaduan serta pembangunan ummah.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengurusan Masjid Al-Muhtadin Saratok, ANSAR dan HIKMAH Cawangan Betong atas usaha menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan remaja.

Antara pengisian lain program tersebut termasuk Tazkirah Remaja Ramadan, slot motivasi dan jati diri belia, qiamullail dan tadabbur al-Quran, aktiviti berkumpulan berteraskan nilai Islam serta iftar jamaie dan moreh.

Mohamad Duri turut menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran program seumpama itu pada masa akan datang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sejambak Kasih Ramadan: ADUN Kota Sentosa dengan sokongan Farley Mall santuni 58 penerima
Next: Libat urus BDDA teliti cadangan minaret, parkir dan landskap Masjid baharu Debak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.