Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Balai Raya RM50,000 tingkat kemudahan penduduk Kampung Telagus
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf Balai Raya RM50,000 tingkat kemudahan penduduk Kampung Telagus

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie ketika melawat tapak projek yang telah siap dinaik taraf di Balai Raya Rumah Tommy, Kampung Telagus, Balai Ringin semalam. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

BALAI RINGIN: Projek naik taraf Balai Raya Rumah Tommy di Kampung Telagus, Balai Ringin yang bernilai RM50,000 melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024 dilihat mampu meningkatkan kemudahan komuniti serta memperkukuh aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata projek berkenaan dilaksanakan bagi memastikan penduduk kampung mempunyai kemudahan balai raya yang lebih selesa dan selamat untuk pelbagai program komuniti.

Menurut beliau, projek tersebut merupakan antara usaha kerajaan dalam memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa secara berperingkat melalui penyediaan infrastruktur asas yang lebih baik kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berkesempatan melawat tapak projek yang telah siap dinaik taraf di Balai Raya Rumah Tommy, Kampung Telagus, dekat sini semalam.

Lawatan tersebut pada asalnya bertujuan untuk meninjau sendiri hasil pelaksanaan projek berkenaan serta memastikan kemudahan yang disediakan benar-benar memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa terharu apabila kehadiran beliau disambut dengan penuh mesra oleh penduduk kampung sebaik tiba di lokasi lawatan.

Penduduk setempat khususnya Biro Wanita Kampung Telagus turut menyediakan pelbagai hidangan serta kuih-muih tradisional sebagai tanda penghargaan atas usaha yang dilaksanakan untuk kemudahan komuniti mereka.

Menurut Doris, sambutan yang diberikan jelas mencerminkan semangat kerjasama serta budaya gotong-royong yang masih kukuh dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Beliau berharap kemudahan balai raya yang telah dinaik taraf itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk sebagai pusat aktiviti sosial, perjumpaan komuniti serta pelaksanaan pelbagai program kemasyarakatan pada masa akan datang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga hulur sumbangan, santuni mangsa kebakaran Taman Sentosa Indah
Next: KMKK digesa lebih proaktif sebar maklumat dasar dan agenda pembangunan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.