Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penerima bantuan diminta tidak jual semula sumbangan – PRIM
  • SEMASA

Penerima bantuan diminta tidak jual semula sumbangan – PRIM

Utusan Sarawak 10 hours ago
PRIM mengingatkan penerima agar menghargai sumbangan Aidilfitri dan menggunakannya untuk keperluan keluarga. Gambar hiasan. Foto UKAS

IPOH: Penerima bantuan dinasihatkan supaya tidak menjual barangan keperluan yang diterima melalui program sumbangan sempena Aidilfitri kerana bantuan itu disalurkan khusus bagi meringankan beban persiapan menyambut Hari Raya.

Pengerusi Persatuan India Muslim Perak (PRIM) Mohamed Arib Aliah berkata, pihaknya pernah menerima laporan terdapat penerima yang menjual semula barangan bantuan sejurus selepas menerimanya, sekali gus menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan penganjur dan penyumbang.

Beliau berkata bantuan tersebut sepatutnya dimanfaatkan bagi kegunaan keluarga terutama untuk persiapan menyambut Hari Raya, bukannya dijual bagi tujuan lain.

“Kita pernah dimaklumkan ada penerima yang menjual semula barangan yang diberikan, perkara ini amat menyedihkan kerana tujuan bantuan adalah untuk membantu mereka membuat persiapan hari raya.

“Kita berharap penerima menghargai sumbangan yang diberikan dan menggunakannya untuk keperluan keluarga, bukannya menjual kepada warga asing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Bantuan Aidilfitri 2026 di Dewan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pengerusi Masjid Muhammadiah Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak Datuk Azizul Kama Abd Aziz. 

Mohamed Arib berkata, pada program berkenaan seramai 130 keluarga daripada golongan B40, saudara baharu, orang kurang upaya (OKU) dan warga miskin sekitar Ipoh menerima bantuan barangan dapur bernilai sekitar RM200 setiap keluarga.

“Program ini merupakan inisiatif tahunan yang dilaksanakan sejak 2008 dan jumlah penerima meningkat secara berperingkat daripada hanya 10 keluarga pada peringkat awal, kemudian meningkat kepada 20 keluarga dan Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat membantu sehingga 130 keluarga,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan penerima dibuat oleh pihak jawatankuasa persatuan dengan keutamaan diberikan kepada keluarga yang tinggal berhampiran kawasan Ipoh bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“PRIM bercadang untuk menambah jumlah penerima pada masa hadapan sekiranya mendapat sokongan serta sumbangan yang lebih besar daripada pelbagai pihak. Kita harap tahun depan jumlah penerima dapat ditingkatkan kepada sekitar 150 keluarga jika rezeki dan sumbangan bertambah,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan peruntuk RM2 bilion sebulan kekalkan RON95 pada RM1.99
Next: 110 kanak-kanak diraikan menerusi Program Sinaran Raya 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.