Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dapur rumah teres terbakar, berjaya dipadam orang awam sebelum bomba tiba
  • KEBAKARAN

Dapur rumah teres terbakar, berjaya dipadam orang awam sebelum bomba tiba

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEBAKARAN melibatkan rumah teres setingkat di Maple Village, Jalan Kampung Gita Baru, Kuching. Foto BBP Petra Jaya

PETRA JAYA: Rumah teres setingkat di Maple Village, Jalan Kampung Gita Baru di sini mengalami kebakaran pada bahagian dapur dalam kejadian hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.00 pagi.

“Komander Operasi, PBK I Pandi Seh dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Kebakaran melibatkan rumah teres satu tingkat dengan bahagian dapur berkeluasan kira-kira 10×10 kaki persegi terbakar sepenuhnya.

“Kejadian turut menyebabkan kerosakan akibat asap di ruang makan, ruang tamu serta tandas rumah tersebut,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini.

KEBAKARAN melibatkan rumah teres setingkat di Maple Village, Jalan Kampung Gita Baru, Kuching. Foto BBP Petra Jaya

Mengulas lanjut, kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal dan dipadamkan oleh orang awam menggunakan air paip serta satu unit alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba.

“Semasa kejadian, penghuni rumah dilaporkan tidak berada di kediaman tersebut.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan menggunakan satu aliran salur bantu mula serta satu nozel sumber air dari jentera sehingga keadaan benar-benar selamat,” ujarnya.

Operasi melibatkan enam anggota bersama jentera penyelamat bomba (FRT) dan pasukan bertolak balik ke balai selepas kebakaran dipastikan padam sepenuhnya.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran Musnahkan Sebuah Rumah di Kampung Baru, Kapit
Next: Kenderaan terbakar di Jalan Kung Phin, tiada mangsa terlibat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.