Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA sedia enam tong sampah tingkat kebersihan kawasan Jambatan Tun Taib
  • WILAYAH

BDA sedia enam tong sampah tingkat kebersihan kawasan Jambatan Tun Taib

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEMUDAHAN tong sampah jenis gantung yang disediakan BDA di sepanjang laluan dari Jambatan Tun Taib hingga ke bulatan berhampiran bagi meningkatkan tahap kebersihan kawasan tersebut. Foto BDA

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyediakan enam unit tong sampah jenis gantung di sepanjang laluan dari Jambatan Tun Taib hingga ke bulatan berhampiran sebagai usaha meningkatkan tahap kebersihan kawasan tersebut.

Kemudahan itu disediakan bagi memudahkan orang ramai membuang sampah dengan lebih teratur selain memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih, selesa dan terpelihara.

Menurut kenyataan BDA, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa tempatan dalam mengekalkan kebersihan serta keindahan bandar Bintulu.

KEMUDAHAN tong sampah jenis gantung yang disediakan BDA di sepanjang laluan dari Jambatan Tun Taib hingga ke bulatan berhampiran bagi meningkatkan tahap kebersihan kawasan tersebut. Foto BDA

“Penyediaan kemudahan ini diharap dapat menggalakkan orang ramai membuang sampah di tempat yang disediakan sekali gus memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih,” katanya.

Sehubungan dengan itu, orang ramai turut digesa agar bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan bandar dengan menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

BDA juga mengingatkan masyarakat supaya melaporkan sebarang perlakuan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kebersihan kawasan kepada pihak berkuasa.

Aduan boleh disalurkan melalui portal Talikhidmat Sarawak atau talian WhatsApp BDA di talian 013-8362277 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Bekenu 2026, ringankan beban 100 penerima bantuan
Next: Pelajar cedera dirempuh kenderaan, cetus gesaan perkukuh keselamatan sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.