Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Bekenu 2026, ringankan beban 100 penerima bantuan
  • WILAYAH

Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Bekenu 2026, ringankan beban 100 penerima bantuan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus dan para kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri merakamkan kenangan bersama para penerima bantuan kebajikan pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Bekenu 2026 di Dewan Masyarakat Bekenu, pagi tadi.

BEKENU: Seramai 100 penerima bantuan kebajikan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 seorang pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Bekenu 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bekenu, pagi tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus.

“Program ini bertujuan meringankan beban kewangan serta menceriakan golongan penerima bantuan beragama Islam dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya, khususnya di kawasan Bekenu.

“Selain itu, ia juga diharap dapat membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya ketika berucap di Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Bekenu 2026 di sini hari ini.

Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, bagi 2026, seramai 1,086 penerima beragama Islam daripada keseluruhan 4,792 penerima bantuan bulanan kebajikan di Bahagian Miri akan menyambut perayaan Aidilfitri.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 415 penerima adalah dari Daerah Subis manakala kawasan Bekenu mencatatkan seramai 282 penerima beragama Islam.

“Pada majlis hari ini, 100 penerima yang hadir menerima sumbangan secara langsung, manakala baki 182 penerima yang tidak dapat hadir akan menerima bantuan RM100 yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM6,873,050 kepada 4,792 penerima bantuan bulanan bagi tempoh Januari hingga Mac 2026.

Daripada jumlah tersebut, bagi Daerah Subis termasuk kawasan Bekenu, sebanyak RM1,640,650 telah disalurkan kepada 1,094 penerima bantuan bulanan bagi tempoh yang sama.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Norlila Ulis selaku Pegawai Daerah Subis serta pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Dentuman meriam tanah dan buluh gamatkan suasana Kampung Lajong menjelang Aidilfitri
Next: BDA sedia enam tong sampah tingkat kebersihan kawasan Jambatan Tun Taib

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.