Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 98 asnaf diraikan pada majlis Iftar Perdana TBS Miri
  • Utara
  • WILAYAH

98 asnaf diraikan pada majlis Iftar Perdana TBS Miri

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENYERAHKAN…Pengurus Besar TBS  Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menyampaikan sampul duit raya kepada salah seorang penerima pada Program Kasih Ramadan anjuran Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Miri di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di Miri semalam.

MIRI: Seramai 98 golongan asnaf diraikan pada majlis Iftar Perdana sempena Program Kasih Ramadan anjuran Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Miri di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar TBS Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie telah menyempurnakan penyerahan bantuan kewangan berjumlah RM92,675 kepada kesemua penerima.

Menurut beliau, sepanjang Program Kasih Ramadan tahun ini, TBS Bahagian Miri akan mengagihkan bantuan kewangan berjumlah RM479,850 kepada 930 penerima yang terdiri daripada ketua keluarga dan tanggungan di bawah Bantuan Sara Hidup Tabung Baitulmal Sarawak.

“Selain itu, bantuan turut diagihkan kepada pihak madrasah serta para pelajar madrasah bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang Ramadan,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan umat Islam agar segera menunaikan zakat fitrah melalui 780 amil yang telah dilantik di seluruh Sarawak.

Menurutnya, para amil tersebut ditempatkan di masjid, surau serta beberapa lokasi strategik bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan zakat fitrah sepanjang Ramadan.

Beliau berkata, setakat 31 Januari lalu, sebanyak RM9.93 juta telah diagihkan kepada golongan asnaf yang layak di seluruh Sarawak melalui pelbagai program kebajikan dan pembangunan ummah.

“Agihan tersebut dilaksanakan menerusi empat program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah serta Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan bertujuan membantu golongan yang memerlukan selain memperkasa pembangunan masyarakat Islam di negeri ini melalui pendidikan, kebajikan dan peningkatan kemahiran.

Dalam pada itu, orang ramai yang berkemampuan menunaikan zakat harta boleh membuat pembayaran di kaunter pejabat TBS terdekat atau secara dalam talian melalui Portal Baitulmal Kamek.

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui beberapa ejen kutipan yang dilantik termasuk Public Bank, CIMB Bank, Bank Muamalat, Pos Malaysia, Maybank, Affin Bank, Agro Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, MYEG dan Tulus.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman agih 500 bekas bubur lambuk kepada agensi kerajaan
Next: Majlis berbuka puasa perkukuh perpaduan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.