Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita 90 tahun meninggal dunia terperangkap di flat Betong KMC
  • KEMALANGAN

Wanita 90 tahun meninggal dunia terperangkap di flat Betong KMC

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi membuka pintu bilik di Flat Betong KMC, Kuching, selepas seorang wanita warga emas ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. Foto hiasan.

KUCHING: Seorang wanita berusia 90 tahun meninggal dunia selepas terperangkap di sebuah bilik di Flat Betong KMC, Jalan Central Timur, di sini, malam ini.

Maklumat awal daripada pemanggil menyatakan mangsa berada di dalam rumah yang tidak dapat dibuka dari luar. 

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari BBP Padungan tiba di lokasi 9.10 malam dan berjaya membuka pintu bilik berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan I Law Khim Hin, komander operasi berkata, pihak bomba mendapati mangsa tidak sedarkan diri setelah pintu dibuka. 

“Mangsa seorang wanita warga emas dan keadaan bilik tidak membenarkan sebarang pergerakan keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setelah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Oleh Adele Rissa

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Remaja 16 tahun cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda di hadapan SMK Tung Hua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.