Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program ‘nguar’ dan agihan bubur lambuk PPD Sri Aman eratkan ukhuwah Ramadan
  • Selatan
  • WILAYAH

Program ‘nguar’ dan agihan bubur lambuk PPD Sri Aman eratkan ukhuwah Ramadan

Utusan Sarawak 9 hours ago
PROGRAM Nguar (mengacau) dan Agihan Bubur Lambuk 2026 yang dianjurkan oleh PPD Sri Aman melalui Biro Pendidikan Islam dengan kerjasama strategik Bank Rakyat. Foto: PPD Sri Aman

SIMANGGANG: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman melalui Biro Pendidikan Islam dengan kerjasama strategik Bank Rakyat telah menganjurkan Program Nguar (mengacau) dan Agihan Bubur Lambuk 2026 sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan sempena Ramadan.

Program tersebut dimulakan dengan Ceramah Ramadan pada sebelah pagi yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman, Ustaz Abang Azman Abang Mohamed, yang menyentuh mengenai penghayatan nilai kesabaran, keikhlasan dan amalan kebajikan sepanjang bulan mulia ini.

PROGRAM Nguar (mengacau) dan Agihan Bubur Lambuk 2026 yang dianjurkan oleh PPD Sri Aman melalui Biro Pendidikan Islam dengan kerjasama strategik Bank Rakyat. Foto: PPD Sri Aman

Ceramah berkenaan turut memberi peringatan kepada warga pendidikan mengenai kepentingan memperkukuhkan hubungan sesama masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan semangat tolong-menolong.

Selepas itu, aktiviti memasak bubur lambuk bermula sekitar jam 9.30 pagi bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) PPD Sri Aman dengan penglibatan warga PPD Sri Aman serta rakan kolaborasi daripada Bank Rakyat.

Suasana gotong-royong jelas terserlah apabila para peserta bersama-sama mengacau bubur lambuk yang dimasak secara beramai-ramai bagi menyediakan juadah untuk diagihkan kepada masyarakat.

PROGRAM Nguar (mengacau) dan Agihan Bubur Lambuk 2026 yang dianjurkan oleh PPD Sri Aman melalui Biro Pendidikan Islam dengan kerjasama strategik Bank Rakyat. Foto: PPD Sri Aman

Sebanyak 750 pek bubur lambuk berjaya disediakan sebelum diagihkan kepada orang ramai bermula 3.00 petang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, Sri Aman.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Abdul Rahman Muhiyuddin serta wakil daripada Bank Rakyat Cawangan Sri Aman yang sama-sama turun padang menjayakan aktiviti tersebut.

Menurut penganjur, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga PPD Sri Aman dalam menyediakan bubur lambuk itu menggambarkan keakraban serta ukhuwah yang kukuh dalam kalangan warga pendidikan dan komuniti setempat.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, khususnya Bank Rakyat sebagai rakan kolaborasi, dengan harapan agihan bubur lambuk tersebut dapat membawa kegembiraan serta keberkatan kepada masyarakat di Sri Aman sepanjang Ramadan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program ceramah Ihya’ Ramadan perkukuh ukhuwah masyarakat Kabong
Next: Projek naik taraf SK Babang capai 83.34 peratus, siap berperingkat tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.