Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot buru piala selamatkan musim Liverpool
  • SUKAN

Slot buru piala selamatkan musim Liverpool

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEDUDUKAN Liverpool di tangga keenam liga meningkatkan tekanan ke atas Arne Slot untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya satu trofi musim ini. Foto AFP

IVERPOOL: Pengurus Arne Slot menegaskan standard tinggi sentiasa menjadi tuntutan di Liverpool ketika beliau memburu kejayaan dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA bagi menyelamatkan musim hambar pasukannya.

The Reds kini menghuni tangga keenam Liga Perdana ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu Arsenal selepas gagal mempertahankan gelaran liga.

Liverpool turut berdepan laluan sukar apabila tewas 0-1 kepada Galatasaray SK dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara dan bakal bertandang ke gelanggang Manchester City bagi suku akhir Piala FA.

Slot bagaimanapun menegaskan tiada ruang menurunkan sasaran. “Liverpool sentiasa kelab besar, standard mesti tinggi,” katanya.

Berita baik buat tuan rumah menjelang kunjungan Tottenham Hotspur di Anfield hujung minggu ini apabila penjaga gol utama Alisson Becker dijangka kembali beraksi selepas pulih kecederaan ringan.

Namun, rekod pembelian termahal kelab Alexander Isak masih belum hampir pulih sepenuhnya susulan patah fibula.

Spurs pula hadir dalam tekanan hebat apabila tewas enam perlawanan berturut-turut di semua kejohanan, dengan bos sementara Igor Tudor terus memikul tanggungjawab getir.

– AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Raja Veteran 2026 himpun 20 pasukan, slot penyertaan penuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.