Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Siaga Raya Bomba Zon 2 Sarawak dilancar, tingkat kesedaran keselamatan kebakaran
  • Selatan
  • WILAYAH

Ops Siaga Raya Bomba Zon 2 Sarawak dilancar, tingkat kesedaran keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 9 hours ago
JBPM Zon 2 Sarawak melancarkan Ops Siaga Raya dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dalam satu majlis yang berlangsung di Aiman Mall, hari ini. Foto: JBPM Zon 2 Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Sarawak melancarkan Ops Siaga Raya dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dalam satu majlis yang berlangsung di Aiman Mall, hari ini.

Menurut kenyataan media JBPM Zon 2 Sarawak, program tersebut melibatkan penyertaan pihak pengurusan pusat membeli-belah, para penyewa tapak serta orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan aspek keselamatan kebakaran, khususnya menjelang musim perayaan apabila aktiviti di kediaman dan premis perniagaan semakin meningkat.

JBPM Zon 2 Sarawak melancarkan Ops Siaga Raya dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dalam satu majlis yang berlangsung di Aiman Mall, hari ini. Foto: JBPM Zon 2 Sarawak

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk ceramah keselamatan kebakaran bagi memberi pendedahan kepada orang awam mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran.

Selain itu, pameran oleh Unit Motosikal Intervensi Pantas (RIM) turut diadakan dengan mempamerkan jentera serta peralatan khas yang digunakan dalam operasi kecemasan oleh pihak bomba.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi pemadaman kebakaran yang memperlihatkan kaedah pengendalian kebakaran secara selamat dan berkesan.

JBPM Zon 2 Sarawak melancarkan Ops Siaga Raya dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dalam satu majlis yang berlangsung di Aiman Mall, hari ini. Foto: JBPM Zon 2 Sarawak

Tidak ketinggalan, demonstrasi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM turut dipersembahkan dan mendapat perhatian ramai pengunjung yang hadir ke pusat membeli-belah berkenaan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyerahan goodies kepada orang awam serta para penyewa tapak di Aiman Mall yang disempurnakan oleh Ketua Zon 2 JBPM Sarawak, Gawai John sebagai simbolik usaha menyebarluaskan mesej kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan strategik antara pihak bomba dan komuniti setempat di samping meningkatkan tahap kesedaran serta kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kebakaran.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM2.65 juta bantuan kebajikan setakat Februari manfaatkan 5,820 penerima di Sri Aman
Next: DUBS Sri Aman tinjau dua tapak bazar Ramadan, perkukuh sokongan kepada usahawan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.