Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dikhuatiri lemas ditemui meninggal dunia di Sungai Kanowit
  • KEMALANGAN

Lelaki dikhuatiri lemas ditemui meninggal dunia di Sungai Kanowit

Utusan Sarawak 9 hours ago
LELAKI yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Kanowit di Nanga Sebuloh sejak Rabu lalu, ditemui meninggal dunia oleh penduduk pagi tadi. Foto BBP Bintangor

JULAU: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Kanowit di Nanga Sebuloh di sini sejak Rabu lalu, ditemui meninggal dunia oleh penduduk rumah panjang pagi tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, mangsa yang dikenali sebagai Geoffrey Senah, 39 ditemui sekitar 7.30 pagi kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan menjala ikan.

“Mangsa telah ditemui lebih awal oleh penduduk rumah panjang sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” kata kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke tebing sungai oleh penduduk sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Susulan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan pada 9.20 pagi selepas perbincangan bersama agensi terlibat serta penduduk rumah panjang di kawasan tersebut.

Operasi itu turut melibatkan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), dua anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) serta sembilan penduduk rumah panjang.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dilaporkan keluar menjala ikan menggunakan perahu di Sungai Kanowit sekitar 7.00 pagi pada Rabu lalu namun tidak pulang ke rumah.

Perahu milik mangsa kemudian ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan hanyut dengan barang-barang peribadi masih berada di dalam perahu kecuali jala yang digunakan.

Penduduk kampung telah menjalankan usaha mencari mangsa semalam namun gagal menemukannya sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan hari ini.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tujuh kenderaan rosak dalam kemalangan di Jalan Wong Soon Kai
Next: Remaja 16 tahun cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda di hadapan SMK Tung Hua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.