Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rakyat Saribas digesa terus sokong kepimpinan Premier Sarawak, kerajaan GPS
  • WILAYAH

Rakyat Saribas digesa terus sokong kepimpinan Premier Sarawak, kerajaan GPS

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam pada Program Jelajah Ramadan Pejabat Daerah Pusa 2026 yang berlangsung di Masjid Ar-Rayyan, Kampung Tuie, petang tadi. Foto ADUN Saribas

PUSA: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas digesa untuk terus berdiri teguh serta memberikan sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata rakyat juga perlu terus menyokong kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang disifatkan mempunyai dasar, misi dan visi yang jelas dalam membangunkan rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, Sarawak amat bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin yang berkaliber, berwawasan serta berpandangan jauh dalam merancang pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Ramadan Pejabat Daerah Pusa 2026 yang berlangsung di Masjid Ar-Rayyan, Kampung Tuie, petang tadi.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam pada Program Jelajah Ramadan Pejabat Daerah Pusa 2026 yang berlangsung di Masjid Ar-Rayyan, Kampung Tuie, petang tadi. Foto ADUN Saribas

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata rakyat di Sarawak seharusnya berbangga dengan kepimpinan Abang Johari yang sentiasa komited membawa perubahan dan kemajuan kepada negeri ini.

“Berdasarkan itu, tidak ada sebab mengapa rakyat di wilayah ini tidak berdiri teguh dan memberikan sokongan padu kepada beliau serta Kerajaan GPS pada setiap masa,” katanya.

Tambah beliau, kesungguhan kerajaan GPS dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dapat dilihat melalui perubahan landskap pembangunan di daerah ini termasuk kawasan kampung dan rumah panjang di bawah DUN Saribas.

Menurutnya, pelbagai projek prasarana seperti pembinaan jalan raya, jambatan, masjid serta penyediaan bekalan air dan elektrik telah dilaksanakan sekali gus meningkatkan taraf hidup dan keselesaan penduduk luar bandar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata program tersebut merupakan inisiatif bagi menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Beliau berharap program seumpama itu dapat terus dijadikan platform untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan, mengeratkan silaturahim serta membawa keberkatan kepada seluruh masyarakat.

Dalam majlis tersebut turut diadakan penyerahan sumbangan kepada 24 penerima terdiri daripada ibu tunggal dan golongan asnaf di Kampung Tuie.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gabungan 10 PPWS Kabong edar 2,000 bekas sup, perkukuh semangat perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.