Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PIBG, alumni SK Agama MIS Sri Aman anjur majlis sungkei erat ukhuwah Ramadan, esok
  • WILAYAH

PIBG, alumni SK Agama MIS Sri Aman anjur majlis sungkei erat ukhuwah Ramadan, esok

Utusan Sarawak 9 hours ago
MAJLIS Sungkei PIBG dan Alumni SK Agama MIS Sri Aman 2026. Foto PIBG SK Agama MIS Sri Aman

SIMANGGANG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sri Aman akan menganjurkan Majlis Sungkei PIBG dan Alumni SK Agama MIS Sri Aman 2026 bagi memeriahkan sambutan Ramadan dalam suasana penuh ukhuwah.

Yang Dipertua PIBG SK Agama MIS Sri Aman, Ustaz Syaifullah Ismail berkata majlis tersebut terbuka kepada semua ibu bapa, alumni, guru serta warga komuniti untuk bersama-sama mengimarahkan program berbuka puasa beramai-ramai itu.

Menurut beliau, program berkenaan akan diadakan pada petang esok bermula 6.30 petang di Dataran Terbuka SK Agama MIS Sri Aman dengan konsep santai dan kekeluargaan.

Katanya, majlis tersebut memberi peluang kepada warga sekolah dan komuniti setempat untuk berkumpul serta mengeratkan hubungan silaturahim sempena Ramadan yang penuh keberkatan.

“Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara ibu bapa, alumni, guru dan warga sekolah dalam suasana harmoni,” katanya.

Beliau turut memaklumkan para hadirin digalakkan membawa makanan serta minuman masing-masing selain tikar atau kerusi bagi memudahkan mereka berbuka puasa bersama keluarga di kawasan lapang sekolah.

Mengikut tentatif program, majlis akan bermula dengan ketibaan jemputan pada 6.30 petang sebelum berbuka puasa pada 6.49 petang.

Selepas itu, para hadirin dijadual menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di dataran sekolah sebelum majlis bersurai sekitar 7.30 malam.

Sehubungan itu, Ustaz Syaifullah berharap orang ramai khususnya warga SK Agama MIS Sri Aman dapat hadir memeriahkan majlis tersebut sekali gus menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan semangat kebersamaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ periksa 293 kenderaan, notis ketidakakuran dikeluarkan
Next: Kerjasama semua pihak pantau pelaksanaan projek di kawasan DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.