Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan dua lelaki terlibat kes kecurian di Bintulu
  • JENAYAH

Polis tahan dua lelaki terlibat kes kecurian di Bintulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
POLIS Bintulu menahan dua lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes kecurian barangan sukan dan wang tunai menerusi operasi Op Pintu di sekitar Bintulu.

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam dua kes kecurian berasingan di sekitar daerah ini menerusi operasi khas Op Pintu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan sekitar 1.20 pagi di kawasan Town Square Bintulu hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian barangan sukan.

Menurut beliau, hasil tangkapan tersebut turut merampas pelbagai barangan sukan yang dipercayai dicuri sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kes berasingan, pihak polis turut menahan seorang lagi lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian wang tunai di sebuah premis penginapan di sekitar Bintulu.

Beliau berkata, suspek berjaya dikesan dan ditahan sekitar 4.00 petang semalam di sebuah bilik penginapan di bandar ini hasil operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 KK yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah, khususnya yang menggugat keselamatan dan harta benda orang awam.

Sehubungan itu, orang ramai digesa agar terus menjadi ‘mata dan telinga’ pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah bagi memastikan keselamatan dan keharmonian komuniti sentiasa terpelihara.

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan curi sawit, polis Saratok buru ‘Mat Komando’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.