Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Sibu tahan enam individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Polis Sibu tahan enam individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan

SIBU: Polis menahan enam individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam beberapa operasi berasingan di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Suprintenden Boniface Bajai berkata, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 34 tahun, hasil pemeriksaan ke atas suspek polis menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphatamine.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis meth/amp. Semakan kes lampau mendapati juga mendapati suspek mempunyai enam kes berkaitan dengan dadah.

“Suspek seterusnya ditangkap dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952, suspek akan direman bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, polis turut menangkap empat lelaki dan seorang perempuan warga tempatan berumur antara 26 tahun hingga 43 tahun dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, setelah ujian saringan air kencing mendapati kelima-lima suspek positif dadah meth/amp.

“Hukuman bagi kesalahan dibawah Seksyen 12(3) ADB 1952 jika disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Hukuman bagi kesalahan dibawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 jika disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua- duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun dibawah Seksyen 38b ADB 1952,” ujarnya lagi.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJN akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Pihak polis mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah diminta tampil dan menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) dan 017-59292211 (JSJN Sarawak)

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis di Bintangor
Next: Dua lelaki ditahan curi sawit, polis Saratok buru ‘Mat Komando’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.