Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemuda PBB Bukit Sari anjur Program Berbuka Puasa, Tarawih di Kampung Gelapas
  • Utara
  • WILAYAH

Pemuda PBB Bukit Sari anjur Program Berbuka Puasa, Tarawih di Kampung Gelapas

Utusan Sarawak 3 hours ago
HULUR SUMBANGAN… Durahman menyampaikan sumbangan daripada PBB Cawangan Bukit Sari untuk surau Kampung Gelapas Trusan.

LAWAS: Program Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari Lawas yang telah diadakan di Surau Kampung Gelapas semalam.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Bukit Sari Durahman Salleh memberitahu program ini berjaya menghimpunkan ahli pemuda dan masyarakat setempat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

CERAMAH RAMADAN... Jemaah mendengar ceramah ringkas Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairul Nizam.

“Selain berbuka puasa dan solat berjemaah, turut diadakan tazkirah Ramadan oleh Ustaz Mohd Khairul Nizam sebagai pengisian rohani kepada para jemaah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemuda PBB Cawangan Bukit Sari akan meneruskan program ini ke beberapa ranting di seluruh kawasan Dewan Undangan Bukit Sari untuk menyantuni masyarakat dan pemuda dalam usaha mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan surau dalam kalangan komuniti.

Ini sejajar dengan saranan Ketua Cawangan PBB Cawangan Bukit Sari yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan agar semua jentera PBB terus menjadi teman masyarakat sepanjang masa.

BERBUKA PUASA… Ustaz Mohd Khairul Nizam dan Durahman Salleh berbuka puasa bersama masyarakat di surau Kampung Gelapas Trusan.  

Usaha ini memberi peluang untuk exco Pemuda di cawangan memahami berbagai isu di setiap ranting yang mempunyai isu berbeza untuk diketengahkan kepada pihak kerajaan.

Malahan ruang ini diguna untuk menyampaikan pelbagai maklumat berhubung segala dasar dan perancangan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membangunkan ummah dan Daerah Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong santuni asnaf, bakal pasang lampu solar di Kampung Emplam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.