Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Rompak bersenjata: Lelaki di Sri Aman dipenjara enam tahun, dua sebatan
  • MAHKAMAH

Rompak bersenjata: Lelaki di Sri Aman dipenjara enam tahun, dua sebatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
LELAKI berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di Sri Aman hari ini selepas mengaku bersalah melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang individu awal bulan ini. Foto Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

SIMANGGANG: Seorang lelaki berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di Sri Aman hari ini selepas mengaku bersalah melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang individu awal bulan ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 1 Mac lalu kira-kira 4.00 pagi di laluan pejalan kaki berhampiran premis minuman di kawasan Pasar Baru Medan, Betong.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa merompak seorang lelaki dengan melarikan telefon pintar jenama Xiaomi Redmi 9C milik mangsa ketika kejadian berlaku.

Pendakwaan turut menyatakan bahawa ketika melakukan perbuatan tersebut, tertuduh didakwa bersenjatakan sebilah pisau utiliti yang dikategorikan sebagai senjata berbahaya.

Susulan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Di mahkamah, tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Majistret/Sesyen, Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun serta dua sebatan terhadap tertuduh selepas mengambil kira pengakuan bersalahnya.

Hukuman penjara tersebut diperintahkan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap dan dia kini menjalani hukuman di Penjara Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Dua rakaman didakwa ucapan Muhyiddin dikemuka kepada mahkamah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.