Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan jalan raya di Jalan Panchor, empat mangsa cedera seorang tersepit
  • KEMALANGAN

Kemalangan jalan raya di Jalan Panchor, empat mangsa cedera seorang tersepit

Utusan Sarawak 12 hours ago
KEADAAN kemalangan jalan raya di Jalan Panchor, Jalan Kuching–Serian. Foto JBPM Sarawak

SERIAN: Kenderaan Perodua Alza dilaporkan terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Panchor, Jalan Kuching–Serian petang ini, mengakibatkan empat lelaki dewasa warga Indonesia cedera, termasuk seorang yang tersepit di dalam kenderaan.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, kejadian berlaku pada 1.38 petang ini, dengan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dan BBP Serian digerakkan ke lokasi di bawah pimpinan PBK I Shaiful Ismail.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati tiga penumpang mengalami kecederaan ringan dan tidak tersepit, manakala pemandu masih tersepit di dalam kenderaan. 

“Satu mangsa telah distabilkan menggunakan ‘cervical collar’ sebelum proses mengeluarkan beliau dijalankan,” menurut laporan yang dikeluarkan hari ini.

KEADAAN kemalangan jalan raya di Jalan Panchor, Jalan Kuching–Serian. Foto JBPM Sarawak

Mengulas lanjut, pasukan bomba menggunakan peralatan ‘RTA-Combi Tool’ bagi mengeluarkan pemandu terbabit, yang mengalami cedera pendarahan terbuka pada kaki kanan, sebelum dibawa ke Hospital Serian bersama pegawai perubatan menggunakan jentera EMRS Serian. 

“Tiga mangsa lain diserahkan kepada pihak Ambulans untuk rawatan selanjutnya.

“Setelah memastikan semua mangsa selamat, operasi dikawal sepenuhnya dan anggota bomba bertolak balik ke balai,” jelasnya. 

Seramai lima anggota terlibat dalam operasi ini dengan penggunaan satu unit CFRT.

Selain JBPM, agensi lain yang berada di lokasi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera dalam kemalangan dua kenderaan di simpang Penjara Lambir
Next: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Pakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.