Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 29 KJM Petra Jaya terima geran RM87,000, perkasa komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

29 KJM Petra Jaya terima geran RM87,000, perkasa komuniti

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Amar Fadillah Yusof bergambar bersama penerima geran tahunan KJM DBKU selepas majlis penyerahan di Surau Nurul Muslimin, Sungai Bedil Besar. Foto DBKU

PETRA JAYA: Sebanyak RM87,000 geran tahunan disalurkan kepada 29 Kawasan Jiran Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di bawah pentadbiran Parlimen Petra Jaya bagi memperkasakan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan komuniti setempat.

Majlis penyerahan geran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Amar Fadillah Yusof, di Surau Nurul Muslimin, Sungai Bedil Besar.

Geran tahunan KJM itu merupakan inisiatif bagi memperkukuh peranan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta program yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Sebanyak 29 KJM di bawah pentadbiran Parlimen Petra Jaya yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Tupong dan Satok menerima geran berkenaan.

Setiap KJM menerima peruntukan sebanyak RM3,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM87,000 disalurkan bagi menyokong usaha memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan komuniti di kawasan tersebut.

Turut hadir Datuk Bandar Kuching Utara Ramzi Abdillah, Dato Hilmy Othman, pengarah DBKU serta pengerusi-pengerusi KJM bagi kawasan Samariang, Tupong dan Satok.

Continue Reading

Previous: 150 penerima bantuan diraikan dalam Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri di Miri
Next: 723 penerima bantuan kebajikan di Sibu terima sumbangn Sejambak Kasih Hari Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.