Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac
  • PENDIDIKAN

Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac

Utusan Sarawak 16 hours ago

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

KPM memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2025 di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi pada tarikh tersebut,” menurut kenyataan KPM hari ini.

Bagi calon persendirian, KPM memaklumkan mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10.00 pagi, 31 Mac ini hingga 6.00 petang, 6 April.

KPM memaklumkan semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh sama.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 31 Mac ini hingga 6.00 petang, 6 April ini,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kem Ihya Ramadan platform bentuk kepimpinan belia
Next: Permohonan UPUOnline lepasan SPM dilanjutkan 12 April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.