Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penambahan 17 kerusi DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
  • SEMASA

Penambahan 17 kerusi DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai ini

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof merakamkan gambar kenangan pada Majlis Iftar Jamaie NEXGEN Petra Jaya 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Ghazali di Petra Jaya, malam ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Cadangan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bakal menjadikan jumlah keseluruhan kerusi meningkat daripada 82 kepada 99 kerusi dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, perbincangan berhubung perkara tersebut kini masih berlangsung di peringkat Kerajaan Persekutuan sebelum ia dibentangkan untuk pertimbangan Parlimen.

“Sekarang ini kita hanya berbincang di peringkat Persekutuan dan kita sasarkan supaya cadangan penambahan kerusi DUN Sarawak itu dapat dibentangkan pada sesi Parlimen Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Jamaie NEXGEN Petra Jaya 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Ghazali di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu menambah, sebarang perkembangan lanjut berkaitan perkara tersebut hanya akan diketahui selepas cadangan penambahan kerusi berkenaan dibentangkan dan mendapat kelulusan Parlimen.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 7 Julai 2025 meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 yang menyaksikan pertambahan 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 99 kerusi DUN.

Dalam majlis sama, Fadillah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz dari Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Rampangi, Madrasah Darul Uloom Al-Fatah dan Madrasah Tahfiz Al-Qurah Bidayatul Muthadin serta kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bilangan rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat menurun kepada 641
Next: Perjuangan satu pertiga kerusi Parlimen Sabah, Sarawak wajar diteruskan – Mustapha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.