Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Surau Cahaya Islam terima geran MRP RM10,000, projek naik taraf RM200,000
  • Selatan
  • WILAYAH

Surau Cahaya Islam terima geran MRP RM10,000, projek naik taraf RM200,000

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MOHAMAD Duri semasa menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama bakal menerima peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, peruntukan itu bertujuan menyokong program keagamaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Surau Cahaya Islam demi manfaat penduduk setempat.

Menurutnya, selain geran MRP tersebut, surau berkenaan turut menerima projek naik taraf daripada Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

MOHAMAD Duri semasa menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Beliau berkata, projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf tandas, bilik tempat berwuduk serta kerja-kerja berkaitan bagi meningkatkan keselesaan jemaah yang menunaikan ibadah di surau berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah, sebelum berbuka puasa bersama jemaah dan tetamu yang hadir, saya sempat berkongsi dan mengumumkan beberapa perkara berkaitan pembangunan Surau Cahaya Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama Saratok, semalam.

MOHAMAD Duri semasa menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Dalam pada itu, Mohamad Duri turut memaklumkan bahawa surau tersebut juga telah tersenarai untuk pemasangan karpet baharu bagi menggantikan karpet lama yang telah digunakan sejak sekian lama.

“Alhamdulillah, kerja-kerja pemasangan karpet baharu ini sudah pun siap bagi memberi keselesaan kepada jemaah Surau Cahaya Islam ketika menunaikan ibadah,” jelasnya.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian saguhati kepada imam dan bilal yang bertugas di surau berkenaan sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka mengimarahkan bulan Ramadan.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama, Ustaz Kanil Ali Hassan serta Jawatankuasa Pengurusan Surau atas jemputan, sambil berharap usaha tersebut terus mendapat keberkatan sepanjang bulan Ramadan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembangunan berimpak tinggi rancakkan Batu Lintang, Undop di DUN Simanggang
Next: 1,400 bungkus bubur lambuk, bubur kapur dikongsi bersama penduduk Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.