Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan berimpak tinggi rancakkan Batu Lintang, Undop di DUN Simanggang
  • WILAYAH

Pembangunan berimpak tinggi rancakkan Batu Lintang, Undop di DUN Simanggang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat JKKK Kampung Cina Batu Lintang Undop, semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kawasan Batu Lintang, Undop di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang bakal menyaksikan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi yang diyakini mampu merancakkan pertumbuhan sosioekonomi serta meningkatkan kemudahan asas untuk penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata beberapa projek utama telah dirancang dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan kawasan luar bandar terus menikmati pembangunan seimbang.

Menurut beliau, antara projek penting ialah pembangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang yang merangkumi pembinaan asrama lelaki dan perempuan, dua unit kuarters guru serta dewan makan.

Katanya, projek tersebut dijangka memberi kemudahan lebih selesa kepada pelajar khususnya yang datang dari kawasan pedalaman selain membantu meningkatkan persekitaran pembelajaran di sekolah berkenaan.

“Selain itu, beberapa projek naik taraf jalan turut dirancang termasuk Jalan Ulu Paku serta Jalan Sungai Tenggak Menalang bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat JKKK Kampung Cina Batu Lintang Undop yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Undop, semalam. 

TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat JKKK Kampung Cina Batu Lintang Undop, semalam. Foto ADUN Simanggang

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, projek pembinaan jalan alternatif dari Sungai Reboh ke Paku Ili juga bakal dilaksanakan bagi memperbaiki jaringan perhubungan serta memudahkan pergerakan penduduk setempat.

Beliau berkata, antara projek baharu yang bakal direalisasikan ialah pembinaan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sungai Putong bagi memperkukuh aspek keselamatan di kawasan berkenaan.

Selain itu, Pusat Khidmat Batu Lintang turut dirancang dengan komponen pembangunan merangkumi 10 unit lot kedai, Pasar Tamu dan Dewan Komuniti bagi menyokong aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan penduduk.

Harden turut memaklumkan bahawa projek naik taraf jalan dari SK Paku ke Sungai Putong juga akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan akses kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Cina Batu Lintang dan RM5,000 kepada pengurusan Tokong Ciyun Batu Lintang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Sungai Paku RM36.9 juta pacu pembangunan luar bandar Spaoh
Next: Surau Cahaya Islam terima geran MRP RM10,000, projek naik taraf RM200,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.