Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SKAS terus bantu rakyat Sarawak hadapi kos sara hidup
  • SEMASA

SKAS terus bantu rakyat Sarawak hadapi kos sara hidup

Utusan Sarawak 2 days ago
PARA penerima SKAS bergambar bersama Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) terus menjadi antara inisiatif penting kerajaan Sarawak dalam membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, bagi 2026, program tersebut masih mengekalkan tiga kategori penerima seperti tahun sebelumnya.

“Di bawah inisiatif SKAS ini, bantuan akan disalurkan secara berperingkat bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati golongan yang layak di seluruh Sarawak.

“Penyaluran bantuan ini akan dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu pada Mac, Julai dan November tahun ini.

“Bagi kategori isi rumah, pada peringkat pertama dan kedua, setiap isi rumah akan menerima sebanyak RM316, manakala pada peringkat ketiga sebanyak RM318, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM950 bagi setiap isi rumah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SKAS 2026 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, di sini, semalam.

Katanya, untuk kategori warga emas tanpa pasangan, penerima akan menerima RM166 pada peringkat pertama dan kedua, serta RM168 pada peringkat ketiga, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM500.

“Manakala bagi kategori bujang, bantuan sebanyak RM100 akan disalurkan pada setiap peringkat, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM300 bagi setiap penerima.

“Semakan kelayakan SKAS akan dibuka pada hari ini (semalam), dan saya berharap mereka yang layak dapat membuat semakan dan tuntutan serta memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak ini.

“Pelaksanaan SKAS ini membuktikan keprihatinan kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Tambahnya, sebagai Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, bantuan ini diharap dapat membantu meringankan beban rakyat di kawasan tersebut selain menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam memajukan ekonomi digital dan  memperkukuh perniagaan tempatan.

“Saya menyeru agar ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) serta agensi berkaitan memainkan peranan aktif dalam menyampaikan maklumat mengenai program ini kepada penduduk, supaya tiada seorang pun yang tercicir daripada menerima manfaat inisiatif ini,” katanya.

Turut hadir, Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong, Timbalan Residen Sarkei, Badjuri Bidin dan Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon Guan.

Oleh Earl Anek

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bekas penerbit drama RTM Abd Aziz meninggal dunia
Next: Gempa bumi 6.1 magnitud gegarkan 17km barat Hihifo, Tonga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.