Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi bermagnitud 5.7 landa Lebong di Sumatera, Indonesia
  • SEMASA

Gempa bumi bermagnitud 5.7 landa Lebong di Sumatera, Indonesia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PUSAT gempa bermagnitud 5.7 dikesan kira-kira 64km dari Lebong, Bengkulu.

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.7 melanda Kabupaten Lebong, provinsi Bengkulu di Pulau Sumatera, Indonesia pada lewat Sabtu malam, dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan berhampiran.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gempa itu direkodkan pada 11.58 malam waktu tempatan pada Sabtu dengan pusat gempa terletak di darat sekitar 64 kilometer barat Lebong.

Agensi itu memaklumkan bahawa gempa berkenaan berlaku pada koordinat 2.99 darjah Latitud Selatan dan 101.63 darjah Longitud Timur, pada kedalaman 47 kilometer.

Ia memaklumkan bahawa gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami namun penduduk dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Iraq lanjut tempoh penutupan ruang udara 72 jam lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.