Omar Marmoush meraikan jaringan untuk City. Foto AGENSI
LONDON: Manchester City memberi ‘pengajaran’ kepada Newcastle United apabila bangkit menewaskan tuan rumah 3-1 untuk mara ke suku akhir Piala FA awal pagi tadi.
Pengendali City, Pep Guardiola melakukan 10 perubahan dalam kesebelasan utama, namun pasukannya tetap mampu menguasai permainan di St James’ Park.
Newcastle terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Harvey Barnes selepas menerima hantaran Sandro Tonali.
City menyamakan kedudukan pada minit ke-39 menerusi jaringan pelik Savinho selepas bola hantaran Jeremy Doku terkena kakinya dan melantun masuk ke gawang.
Selepas rehat, Omar Marmoush meledak dua gol termasuk rembatan padu dari jarak dekat pada minit ke-65 bagi memastikan kemenangan City.
Kemenangan itu menyaksikan City mara ke suku akhir buat kali kesembilan dalam tempoh 10 tahun. – AFP