Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 25 kenderaan diperiksa, tiga saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di Bau
  • JENAYAH

25 kenderaan diperiksa, tiga saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di Bau

Utusan Sarawak 8 hours ago
DIPERIKSA… Sebanyak 25 kenderaan diperiksa, merangkumi lapan kereta dan 17 motosikal, manakala 27 individu turut diperiksa, terdiri daripada 25 lelaki dan dua perempuan, dalam satu Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di Bau, semalam. Foto IPD Bau

BAU: Sebanyak 25 kenderaan diperiksa, merangkumi lapan kereta dan 17 motosikal, manakala 27 individu turut diperiksa, terdiri daripada 25 lelaki dan dua perempuan, dalam satu Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di sini, semalam.

Operasi ini melibatkan lima pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baudan dijalankan antara 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Hasil pemeriksaan, tiga saman dikeluarkan atas kesalahan iaitu tiada cermin sisi (motosikal), ubah suai ekzos (kereta) dan halangan lalu lintas (kereta).

Operasi ini dilaksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah serta pemantauan pematuhan undang-undang jalan raya di kawasan tumpuan awam.

IPD Bau menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah Bau sentiasa terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bekas penolong akauntan disyaki kemuka dokumen palsu RM90,000
Next: Pemandu didenda selepas pusingan U haram di KM1 Jalan Bau–Serikin dirakam kamera papan pemuka, tular di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.