Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tiket Sehala angkat kisah mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara
  • HIBURAN

Tiket Sehala angkat kisah mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara

Utusan Sarawak 9 hours ago
BARISAN pelakon dan penerbit pada majlis pelancaran filem Tiket Sehala, yang mengangkat kisah mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara. Foto agensi

KUALA LUMPUR: Isu penipuan pekerjaan di luar negara yang semakin membimbangkan diangkat ke layar perak menerusi filem Tiket Sehala, sebuah naskhah triler kelangsungan hidup yang diinspirasikan daripada kisah benar.

Filem ini mengetengahkan kisah sekumpulan pekerja Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, selepas terpedaya dengan tawaran gaji lumayan di Korea Selatan.

Pengarah Rahila Ali berkata, filem Tiket Sehala menyorot isu global yang bukan sahaja membabitkan rakyat Malaysia, tetapi juga banyak negara lain.

“Filem ini dihasilkan dengan rasa tanggungjawab untuk menunjukkan kesan dan akibat sebenar kepada penonton apabila menjadi mangsa,” katanya pada majlis pelancaran baru-baru ini.

Filem terbitan Key Billions Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Fancy Goh, serta bekas atlet karate negara Shaharudin Jamaludin. Filem ini turut menampilkan pelakon dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

Penyanyi dan pelakon Zaki Yamani berkata, penglibatannya dalam filem ini merupakan pengalaman baharu yang cukup bermakna, apatah lagi ia penampilan sulungnya dalam bidang lakonan.

Sepanjang dua minggu penggambaran di Korea Selatan melibatkan lokasi di Seoul, Andong dan Yongju, Zaki berkata, pengalaman bekerja di studio profesional buat pertama kali amat menarik.

“Ini kali pertama saya masuk studio yang dibina khas untuk penggambaran dan memang terasa suasananya seperti drama Korea yang selalu kita tengok,” katanya, menambah cabaran yang dihadapi termasuk penggambaran  waktu malam dalam suhu negatif 10 darjah Celsius.

Bagi Noki K-Clique pula, pengalaman membintangi Tiket Sehala membuka perspektif baharu tentang realiti penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Jalan cerita yang diinspirasikan daripada kisah benar bukan sahaja mencabar dari segi lakonan, tetapi juga memberi kesedaran tentang risiko yang dihadapi mangsa sindiket. Bila baca skrip dan tahu ia kisah benar, saya rasa tanggungjawab untuk sampaikan watak dengan sebaik mungkin.

“Saya berharap filem ini dapat membuka mata masyarakat dan memberi pengajaran supaya lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran pekerjaan di luar negara,” katanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Persembahan silat dalam air meriahkan sambutan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.