Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taman Negara Terumbu Karang Miri–Sibuti dibuka semula kepada orang awam
  • Utara
  • WILAYAH

Taman Negara Terumbu Karang Miri–Sibuti dibuka semula kepada orang awam

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAMAN Negara Terumbu Karang Miri–Sibuti kini dibuka semula kepada orang awam selepas sebelum ini ditutup.

MIRI: Taman Negara Terumbu Karang Miri–Sibuti kini dibuka semula kepada orang awam selepas sebelum ini ditutup.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) semalam, aktiviti selam skuba kini dibenarkan dijalankan semula di kawasan taman negara tersebut.

Pembukaan semula itu memberi peluang kepada para pengunjung dan penyelam untuk menikmati keindahan terumbu karang serta kepelbagaian hidupan marin yang terdapat di kawasan berkenaan.

Taman negara tersebut terkenal sebagai antara lokasi menyelam popular di Miri kerana memiliki ekosistem terumbu karang yang unik serta menjadi habitat kepada pelbagai spesies hidupan laut.

Orang ramai yang berminat untuk menjalankan aktiviti rekreasi dan selam skuba di kawasan tersebut dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelestarian alam sekitar marin terus terpelihara.

Pembukaan semula taman negara itu adalah atas arahan Pengawal, Taman Negara dan Rizab Alam Semulajadi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous:
Banjir di Limbang beransur pulih, banyak jalan boleh dilalui semua kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.